Saturday, July 4, 2020

Convid 19

Tahun 2020, banyak peristiwa yang meruntun jiwa dan akal kita sebagai hamba yang kerdil. Dijamu dengan cabaran, masalah dan ujian silih berganti dalam melayari denai-denai kehidupan.

COVID-19: KKM kaji kesan jangka panjang pada bekas pesakit





PUTRAJAYA: Kementerian Kesihatan (KKM) sedang mengkaji sama ada bekas pesakit COVID-19 di Malaysia turut berdepan beberapa komplikasi yang dilaporkan dialami beberapa bekas pesakit di luar negara.
Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, berkata antara komplikasi yang dilaporkan termasuklah pengurangan tahap antibodi atau ketahanan tubuh terhadap jangkitan pelbagai jenis kuman selepas tiga bulan mereka disahkan bebas daripada penyakit itu.



"Ada komplikasi (dilaporkan negara luar) mereka yang sudah pulih COVID-19, imuniti atau ketahanan tubuh mereka tidak kekal, selepas tiga bulan antibodi Immunoglobulin M (IgM) dan Immunoglobulin G (IgG) berkurangan.
"Jadi, (COVID-19) mungkin ada kesan pada imuniti individu yang dijangkiti. Kalau individu itu ada imuniti yang rendah, mereka akan mudah mendapat jangkitan kuman. Bukan hanya COVID-19, tetapi juga kuman lain.


Friday, July 3, 2020

Pertukaran Kerajaan

Kemelut politik Malaysia 2020 ialah kemelut politik Malaysia yang sedang berlaku. Ia membawa kepada perletakan jawatan Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri ketujuh dan pelantikan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri kelapan. Peristiwa ini memperlihatkan penyingkiran kerajaan gabungan Pakatan Harapan selepas berkuasa selama 22 bulan berikutan kemenangan mereka pada pilihan raya umum 2018.


Sunday, April 14, 2019

Kenangan



 Selalu




Jangan Persoalkan

Selalu saje kita bersoaljawab tentang sesuatu yang tidak menurut kehendak kita, andai kita dapat, mengapa, kenapa, pasal apa, sebab apa adalah perkataan-perkataan yang lazim bermain di bibir.

Kembali kepada Fitrah

Lumrah manusia semua inginkan kesempurnaan dan kejayaan, namun sedikit yang dapat menikmatinya. Redha la dengan apa yang ada. Bersyukurlah.